Antara aksesori yang boleh dibuat melalui Nintendo Labo variety kit adalah motosikal dan sebelum ini ia hanya boleh digunakan bersama dengan permainan yang disediakan bersama set tersebut.
Minggu ini melalui kemaskini percuma untuk Mario Kart 8 Deluxe, anda kini boleh menggunakan set motosikal untuk mengawal watak anda di dalam permainan tersebut.
Jika anda tidak memiliki Nintendo Labo, anda boleh memuat turun pencontoh untuk motosikal ini dan menggunakan kadbod anda sendiri, anda masih memerlukan barangan lain seperti pemantul yang merupakan memainkan peranan penting untuk Labo berfungsi.
Anda boleh membelinya secara berasingan pada harga $9.99 (RM40) ataupun dengan mencari di kedai-kedai lain. Set motosikal ini juga dijual secara berasingan di US dan Jepun pada harga $11.99 (RM50) akan tetapi kami tidak pasti jika akan dibawa ke Malaysia.
Jadi jika anda tidak mahu berbelanja besar tetapi ingin mencuba, kami sangat mengesyorkan anda mencubanya menggunakan pencontoh yang disediakan percuma.
Kami mempunyai variety kit seperti kami nyah kotak sebelum ini akan tetapi set motosikal masih tidak kami buat dan semestinya akan mencubanya apabila disiapkan nanti.