Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara langsung khas Nindies Showcase musim panas 2018 yang mana mereka akan mempertonton dan mengumumkan sebilangan permainan-permainan Indie di konsol mereka.
Tune in 8/28 at 9am PT for a new #Nindies Showcase video presentation highlighting multiple unannounced indie games coming to #NintendoSwitch!
Watch it live here: https://t.co/qcN9TpZwnp pic.twitter.com/JwjO7PEGjg
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) August 23, 2018
Mac lepas, mereka telah pun mengumumkan sebilangan permianan di konsol Switch melalui Nindies Showcase musim bunga. Kali ini tampaknya Nintendo akan terus mengumumkan pelbagai permainan keluaran Indie yang pasti buat mereka yang mempunyai konsol Switch berpuas hati.
Acara tersebut akan ditayangkan melalui laman rasmi Nintendo pada jam 12 pagi, pada 28 Ogos ini (Waktu Malaysia). Bagi anda yang berminat, anda boleh menontonnya pada tarikh berkenaan.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menontonnya, seperti biasa kami akan berkongsi segala pengumuman oleh mereka selepas tamatnya acara tersebut.