Gone Home Untuk Switch Tertunda Ke 6 September 2018

Gone Home merupakan permainan pengembaraan yang menerima pujian ramai apabila membawa penceritaan yang menarik dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Minggu lepas, Annapurna Interactive mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan permainan tersebut untuk konsol Switch pada 23 Ogos 2018.

Namun, hari ini mereka mengumumkan yang permainan tersebut tertunda ke 6 September 2018 untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Manakala, untuk pasaran Jepun tarikh akan diumumkan kemudian.

Buat masa ini, mereka tidak menyatakan sebarang sebab atas penundaan ini.

Sohor Kini