Permainan Gone Home, iaitu antara permainan yang mendapat pujian berkenaan penceritaannya yang menarik di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC, kini tampaknya bakal tiba di konsol hibrid Nintendo Switch.
Annapurna Interactive hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut di konsol Switch yang mana ianya akan dilancarkan pada 23 Ogos ini secara digital melalui Nintendo eShop.
Gone Home merupakan permainan yang dibangunkan oleh Fullbright, yang mana mereka juga merupakan pembangun untuk permainan Tacoma yang dilancarkan sebelum ini.
Melalui permainan Gone Home, pemain akan bermain sebagai seorang yang pulang ke rumahnya dan mendapati ahli keluarga watak tersebut kehilangan. Melalui bentuk permainan pandang pertama, pemain perlu menyelesaikan misteri rumah tersebut disamping meneruskan penceritannya.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Gone Home minggu hadapan di konsol Switch.