Kemas kini bulan Julai bagi permainan World of Warships: Legends bakal membawakan barisan kapal destroyer alternatif Amerika Syarikat (AS) melalui fasa Early Access, berserta acara khas sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara tersebut.
Fasa Early Access ini memperkenalkan empat kapal destroyer baharu iaitu Tier V Kane, Tier VI Hughes, Tier VII Osborne dan Tier VIII Christopher. Setiap kapal ini dilengkapi dengan ciri Advanced Radar yang berfungsi mendedahkan kedudukan pihak lawan pada minimap secara berkala apabila berada dalam jarak pengesanan, walaupun kapal musuh tersebut belum dikesan. Pemain boleh mendapatkan kapal-kapal ini melalui kontena khas U.S. Alternative Destroyer Crates serta pakej rawak “Steel Eagles”, yang turut menawarkan peluang untuk memperoleh kapal cruiser Premium Tier VIII Cambridge.


Bagi kandungan kempen, pemain ditawarkan dengan kempen “Pacific Hammer” yang mengandungi 100 fasa untuk diselesaikan dalam tempoh lima minggu. Ganjaran utama di penghujung kempen ini ialah kapal tempur Premium Tier VIII AS bernama Indiana, yang tersedia untuk pemain yang mempunyai Admiralty Backing aktif. Kapal daripada kelas South Dakota ini dilengkapi dengan meriam sekunder yang kuat serta pilihan sistem consumables seperti Repair Party, Sonar, dan ruang pilihan antara Enhanced Secondary Targeting, Observation Seaplane atau Catapult Fighter.


Sempena sambutan bertema ini juga, pemain boleh menyertai aktiviti Koleksi “Three Eras of Freedom” dan Kalendar “Big Chief”. Melalui penyelesaian kalendar harian tersebut, pemain boleh membuka watak Komander Ernest E. Evans dan tiga guises komander daripada era sejarah Tentera Laut AS. Mata wang khas acara iaitu Independium turut disediakan sepanjang kemas kini ini untuk ditebus dengan kapal destroyer tahap Legendary USS Burrows, rekaan luaran khas bertema sejarah tentera laut Amerika, serta rekaan untuk kapal pemusnah Early Access yang baharu.


