Telltale Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kesemua siri The Walking Dead Telltale Series iaitu bermula dengan musim pertama sehinggalah musim ketiga tahun ini.

Menariknya, bagi musim pertama, ianya bakal tiba secara digital melalui Nintendo eShop pada 28 Ogos ini. Ianya akan dijual dengan harga $24.99(~RM103).

Melalui versi Switch tersebut, menurut Telltale Games mereka akan menyertakan permainan daripada versi The Walking Dead: The Telltale Series Collection yang mana ianya dilancarkan sebelum ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Sekaligus melalui versi tersebut, segala pernaik-tarafan visual bersama DLC pernambahan 400 Days juga akan disertakan.

Bagi musim kedua dan ketiga, menurut mereka ianya akan tiba secara berperingkat pada tahun ini. Manakala bagi The Walking Dead – The Final Season untuk versi Switch yang diumumkan oleh mereka sebelum ini kini juga dilancarkan dimana anda boleh mendapatkannya melalui Nintendo eShop.

The Walking Dead Telltale Series merupakan siri permainan berdasarkan siri komik The Walking Dead yang dibangunkan oleh Telltale Games. Ia merupakan permainan berepisod dan bermusim dimana musim pertama sehingga musim ketiga telah pun dilancarkan sebelum ini di Playstation 4, Xbox One, PC dan juga kini ianya bakal tiba di Switch.

Musim terakhir permainan tersebut, iaitu The Walking Dead The Final Season baru sahaja dilancarkan awal bulan ini dimana episod pertama permainan tersebut telahpun diulaskan oleh kami. Bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.

https://aksiz.com/201815694/

Sohor Kini