Sebelum ini, Telltale Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan The Walking Dead musim terakhir pada 14 Ogos ini dan kini, mereka memperacahkan trailer terbaru sempena acara Comic Con San Diego yang akan berlangsung minggu ini.
Menariknya, melalui trailer tersebut Telltale Games memperacahkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Switch yang mana menurut mereka, ianya akan tiba pada penghujung 2018 ini.
The Walking Dead The Final Season ditawarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 Ogos ini bermula dengan episod pertama. Bagi anda yang berminat, ia kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi permainan tersebut dan juga kedai atas-talian permainan digital.