Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan The Walking Dead dari Telltale, anda mungkin berminat untuk mendapatkan kesemua episod dari permainan tersebut dengan mendapatkan The Walking Dead: The Telltale Series Collection yang diumumkan oleh Telltale Games.
The Walking Dead: The Telltale Series Collection bakal dilancarkan secara digital dan fizikal pada 5 Disember ini. Tambahan juga, Telltale juga menyertakan pernambah-baikkan dari segi peningkatan visual permainan tersebut. Permainan ini bakal mengandungi 19 episod dari siri asal permainan The Walking Dead: The Telltale Series, merangkumi:
- The Walking Dead: The Telltale Series – Season One
- The Walking Dead: The Telltale Series – Season Two
- The Walking Dead: The Telltale Series – Season Three: A New Frontier
- The Walking Dead: The Telltale Series – 400 Days
- The Walking Dead: Michonne – A Telltale Miniseries
Telltale Games juga menyatakan musim terakhir, iaitu musim ke-4 bagi permainan The Walking Dead: The Telltale Series akan dilancarkan pada 2018 kelak.