Insomniac Games hari ini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Marvel’s Spider-Man yang mana mereka memperlihatkan bentuk bandaraya New York termasuklah aktiviti yang pemain boleh lakukan.

Menariknya, melalui video tersebut, watak J Jonah Jameson juga diacahkan dimana beliau bersembang bersama-sama Peter Parker berkenaan Spider-Man.

Melalui video tersebut juga, Insomniac Games juga mempertontonkan pelbagai interaksi yang pemain boleh lakukan bersama-sama penduduk New York. Ini sekaligus menghasilkan sesuatu bentuk yang menarik untuk permainan ini yang mempunyai bentuk dunia terbuka yang kelihatan sangat mendalam.

Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif dan ia akan dilancarkan pada 7 September 2018 ini.

Bagi anda yang berminat, ianya kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation dan kedai atas-talian Playstation Store bermula dengan harga RM199. Sebelum ini, Sony juga mengumumkan edisi berkas bersama Playstation 4 juga bakal dilancarkan bersama.

Kami juga sebelum ini telah membuat pandang pertama permainan tersebut dimana anda boleh membacanya di pautan di bawah.

Sohor Kini