Semasa kami melaporkan yang permainan Marvel’s Spider-Man akan dikeluarkan pada 7 September 2018, kami tidak mempunyai harga rasmi untuk pasaran Malaysia. Hari ini Sony Interactive Entertainment mengumumkan harga untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut
Pra-tempah untuk digital bermula hari ini melalui Playstation Store di mana anda akan mendapat tiga kostum untuk Spider-Man iaitu Spider-Punk, Iron Spider dan satu lagi kostum masih tidak diumum, selain itu anda juga akan mendapat gajet Spider-Drone(alatan di dalam permainan), avatar untuk PSN dan juga tema PS4 yang direka khas oleh pelukis komik Adi Granov.
Jadi edisi mana yang akan menjadi pilihan anda? Kami inginkan Collector’s Edition tetapi nampaknya harga agak mahal terutama bila dibandingkan dengan permainan lain.