Informasi Permainan Video Terkini
Pokemon Quest Menjana Pendapatan Sebanyak RM32 Juta Dalam Masa Sebulan

Pokemon Quest Menjana Pendapatan Sebanyak RM32 Juta Dalam Masa Sebulan

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

Pokemon Quest merupakan permainan terbaru dari siri permainan Pokemon. Ia dikeluarkan pertama kali untuk Switch pada akhir Mei lepas, sebelum tiba untuk Android dan iOS pada sebulan kemudian.

Sebelum ini kami melaporkan yang versi permua telah dimuat-turun sebanyak 3.5 juta kali dan menjana pendapatan sebanyak $3 juta (~RM12 juta) untuk minggu pertama.

Minggu ini berdasarkan laporan Sensor Tower, versi permua selepas sebulan dikeluarkan telah mencecah $8 juta (~RM32 juta) pendapatan. 34% pendapatan tersebut adalah hadir disumbangkan oleh pemain dari Jepun, 24% dari Amerika Syarikat dan 12% pemain dari Korea Selatan.

Manakala untuk platform, iOS mendahului dengan 66% berbanding Play Store 34%. Permainan ini tidak mempunyai pembelian di dalam permainan yang berterusan sebaliknya kesemua adalah untuk sekali pembelian sahaja. Disebabkan itu, kami tidak terkejut pendapatan tidak lah sebanyak permua yang lain.

Pandang Pertama Pokemon Quest – Permainan Yang Lebih Sesuai Sebagai Permua


TIPS & ULASAN