Skip to main content

Pada 27 Jun lepas, Pokemon Quest mula boleh dimuat turun secara percuma untuk Android dan iOS selepas dikeluarkan untuk Switch pada akhir Mei. Selepas kejayaan di Switch dengan mendapat 1 juta muat turun dalam masa 2 hari sahaja kami juga menjangkakan ia akan berjaya sebagai permua.

Tampaknya jangkaan kami tepat apabila berdasarkan agaran oleh Sensor Tower, Pokemon Quest untuk Android dan iOS dimuat turun sebanyak 3.5 juta kali dan menjana pendapatan sebanyak $3 juta dalam minggu pertama pengeluaran.

Jika mengikut platform, 56% pendapatan adalah dari iOS manakala 44% dari Android dan Jepun mendahalui negara dengan 31% diikuti Amerika Syarikat 25% dan Korea Selatan 12%. Sudahkah anda mencuba Pokemon Quest? Jika ingin tahu bagaimana permua ini anda boleh membaca pandang pertama kami.

Pokemon Quest kini dikeluarkan untuk Switch dan juga permua bagi Android dan iOS. Ia boleh dimuat-turun secara percuma dan mempunyai mikro-transaksi.

Leave a Reply