Di persidangan E3 Bethesda pada Jun lepas, mereka mengumumkan The Elder Scrolls: Legends iaitu permainan strategi kad akan menerima klien yang baharu dan akan dikeluarkan untuk konsol.
Ketika permainan tersebut diumumkan untuk konsol ramai yang menanggap ia adalah untuk kesemua konsol iaitu PlayStation 4, Xbox One dan Switch.
Namun, minggu ini mereka mengatakan akan mengeluarkan permainan itu di konsol yang menyokong fungsi rentas-platform sahaja. Naib presiden pemasaran Bethesda Pete Hines mengatakan yang mereka tidak ingin permainan tersebut mempunyai dua versi yang berbeza.
Tambah beliau, permainan ini seharusnya tidak mempunyai sebarang perbezaan tidak kira platform apa yang digunakan. Pemain juga seharusnya dapat bermain dengan pemain-pemain di kesemua platform yang lain kerana tiada masalah dari segi kawalan ataupun kelancaran kerana permainan ini adalah strategi kad.
Walaupun Bethesda tidak menujukan untuk mana-mana platfrom akan tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ini Xbox One dan Switch tidak mempunyai sebarang masalah untuk permainan rentas platfrom, hanya yang tinggal adalah PlayStation 4.
Seperti kami tulis sebelum ini, Sony seharusnya membuka konsol mereka untuk fungsi rentas platform kerana mereka tidak seharusnya memikirkan keuntungan semata dan menyusahkan pemain.