Skip to main content

Bethesda turut mengambil peluang di E3 untuk mengumumkan berita terbaru bagi permainan kad mereka iaitu The Elder Scrolls: Legends. Seperti  projek Homecoming untuk Gwent, Legends yang akan dibangunkan oleh Studio baru akan menerima klien yang direka semula.

Rekaan baru ini akan memberikan Legends klien baru yang mempunyai antara-muka yang ditambahbaik. Selain itu klien baru juga akan lebih melancarkan permainan dan memudahkan pemain baru untuk mencubanya.

Tambahan pada itu Bethesda turut mengumumkan yang Legends selain pada permua dan PC akan turut hadir untuk Playstation 4, Xbox One dan Nintendo Switch pada tahun ini.

Leave a Reply