Sebelum ini Telltale Games melancarkan demo buat permainan The Walking Dead – The Final Season yang mana ia memberi peluang untuk pemain mencuba mekanik baru permainan tersebut.
Kini bersempena dengan pelancaran permainan tersebut yang semakin hampir, Telltale Games melancar satu aplikasi web khas yang membenarkan pemain untuk membina penceritaan dari musim pertama The Walking Dead untuk dibawakan ke musim terakhir tersebut.
Melalui aplikasi ini, buat pemain yang tidak pernah bermain musim lain The Walking Dead ataupun bermain di platform-platform lain dan sukar untuk menghubungkan fail penyimpanan permainan, aplikasi ini akan memudahkannya dengan menghubungkannya dengan akaun Telltale Games.
Ianya bukan sahaja adalah satu bentuk ulang semula penceritaan, malah segala pilihan yang dilakukan oleh pemain di dalam permainan sebelum ini boleh dibawa ke permainan The Walking Dead – The Final Season dengan lebih senang.
Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi tersebut, anda boleh ke pautan dibawah untuk bermula membina semula penceritaan The Walking Dead dari musim pertama dan membawa segala pilihan anda ke musim terakhir.
The Walking Dead โ The Final Season akan dikeluarkan pada 14 Ogos 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Versi Switch pula akan tiba pada penghujung tahun ini.
[info] Layari : The Walking Dead Story Builder [/info]