Sebelum ini, Telltales Games mempertontonkan bentuk permainan The Walking Dead musim terakhir dimana ia memperlihatkan sebilangan bentuk kamera dan permainan baru yang tiba buat permainan tersebut.
Kini, bagi anda yang ini mencubanya, anda boleh berbuat demikian dengan percuma dimana Telltale Games hari ini melancarkan demo permainan tersebut di Playstation 4 dan Xbox One secara percuma.
Melaluinya, pemain boleh mencuba bentuk kamera baru bersama-sama dengan bentuk permainan yang diumumkan oleh Telltale Games sebelum ini.
Namun, buat masa ini, bagi pengguna Playstation 4, demo tersebut hanya boleh dimuat-turun buat pengguna rantau 1 sahaja iaitu kedai atas-talian Playstation Store bagi negara Amerika Syarikat. Tetapi, jika anda hanya ingin mencubanya, anda boleh membuat akaun rantau 1 (R1) dengan percuma dan memuat-turun demo tersebut di pautan dibawah.
The Walking Dead – The Final Season akan dikeluarkan pada 14 Ogos 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
[download] Muat-Turun PS4 : Demo The Walking Dead – Final Season [/download] [download] Muat-Turun Xbox One : Demo The Walking Dead – Final Season [/download] [download] Muat-Turun Steam : Demo The Walking Dead – Final Season [/download]