Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Ingin 50% Daripada Permainan Mereka Adalah Permainan Hak Intelek Baharu

Bandai Namco Ingin 50% Daripada Permainan Mereka Adalah Permainan Hak Intelek Baharu

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Melalui laporan GameIndustry.biz, Hervé Hoerdt naib presiden untuk pasaran dan digital bagi Bandai Namco menyatakan bahawa mereka inign melancarkan separuh daripada permainan mereka sebagai permainan hak intelek baharu.

Seperti yang anda sedia maklum, Bandai Namco sering melancarkan permainan di bawah francais Dragon Ball, Naruto dan pelbagai anime-anime terkenal lain. Namun, baru-baru ini mereka juga akan melancarkan pelbagai permainan hak intelek baru seperti Twin Mirror dan Code Vein.

Hervé Hoerdt menyatakan bahawa mereka ingin 50% daripada bisnes mereka adalah daripada hak intelek baharu. Ini adalah kerana sebahagian daripada permainan mereka adalah francais dan perlu diperlesenkan. Sekaligus untuk membuahkan bisnes yang berjaya, mereka perlu mempunyai permainan berhak intelek mereka sendiri. Beliau juga menyatakan walaupun mereka sering memasarkan permainan dengan permainan perlawanan dan permainan berdasarkan anime, beliau percaya Bandai Namco boleh melakukan lebih lagi dari itu untuk pasaran permainan video bersama dengan genre yang lebih besar.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa mereka juga merupakan sebuah syarikat hiburan dan selain dari sebuah syarikat pengeluar permainan mereka juga ingin mengembangkan lagi sesuatu hak intelek permainan dan bukan hanya sekadar permainan video. Memandangkan permainan seperti Naruto, One Piece dan Dragon Ball mereka hanya mempunyai lesen permainan terebut, mereka tidak berupaya untuk mengembangkan lagi permainan tersebut.

Tetapi seperti permainan mereka sebelum ini, seperti Little Nightmare, mereka percaya mereka boleh mengembangkan lagi hak intelek permainan tersebut. Hervé Hoerdt juga menyatakan mereka mungkin berminat untuk melakukan filem untuk Little Nightmares termasuklah bilik misteri Escape Room bertemakan permainan tersebut.

Sekaligus, ini juga bermaksud bahawa separuh daripada permainan juga mereka ingin dibangunkan diluar dari Jepun dimana ia seharusnya dibangunkan untuk pasaran tempatan permainan tersebut. Namun proses pembangunan ini mungkin akan berlangsung pada masa akan datang dan bukan dalam masa terdekat.

Bandai Namco juga tidak memfokuskan pembangun daripada pembangun studio dalaman, dimana mereka juga sering bertemu lebih dari 200 studio pembangun setahun untuk mengembangkan lagi permainan video dan mencari permainan untuk mereka melancarkan di bawah naungan Bandai Namco.

Hasil daripada perkara diatas juga membuakkan hasil seperti permainan Little Nightmares oleh Tarsier Studios dan Twin Mirrors oleh DONTNOD Entertainment. Mereka juga ingin mengetengahkan ianya bukan sahaja untuk menghasilkan permainan baru, malah menghasilkan satu francais lebih dari permainan video.

Ini merupakan satu perkara yang menarik memandangkan Bandai Namco sering diperlihatkan sebagai sebuah syarikat yang sering mengeluarkan permainan berdasarkan siri Anime, namun dengan kenyataan ini, mungkin juga pada masa akan datang kita bakal melihat mereka akan mengumumkan pelbagai permainan hak intelek baru.


TIPS & ULASAN