Skip to main content

Twin Mirror merupakan salah satu permainan yang diumumkan ketika acara E3 2018 lepas oleh Bandai Namco dan DONTNOD Entertainment. Kini, melalui video khas di saluran rasmi Bandai Namco, CEO DONTNOD Entertainment, Oskar Guilbert berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan permainan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=FnnM24CVvHs

Menurut Oskar Guilbert, permainan ini akan memfokuskan watak Sam dimana beliau pulang ke kampung halamannya, Basswood di kawasan West Virginia. Disitu, beliau menghadapi pelbagai perkara yang akan membawa Sam kembali ke masa lampau beliau.

Menariknya, seperti permainan DONTNOD yang lain, permainan ini juga akan memberi peluang kepada pemain untuk membawa penceritaan secara sendiri dengan membuat pelbagai pilihan seperti pilihan dialog, interaksi bersama persekitaran permainan dan sebagainya.

Oskar Guilbert juga menyatakan bahawa permainan ini akan mempunyai sebilangan pengakhiran yang berbeza dan ianya membawa kesan daripada hasil impak setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain. Beliau juga menyatakan setiap perkara dan pilihan yang berlaku di dalam permainan tersebut juga adalah mencerminkan personaliti pemain.

Permainan ini juga mempunyai bentuk penyiasatan dan menurut CEO DONTNOD ianya merupakan satu bentuk permainan yang baru yang mereka sertakan di dalam Twin Mirror tersebut.

Twin Mirror merupakan permainan yang dibangun oleh DONTNOD Entertainment, iaitu mereka terkenal dengan Vampyr dan Life Is Strange. Permainan tersebut juga dilancarkan oleh Bandai Namco dan menurut mereka, ianya bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2019 ini.

Leave a Reply