Sebelum ini, Bandai Namco menyatakan bahawa permainan Code Vein akan dilancarkan pada September ini, namun kini. Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan menundakan permainan tersebut sehingga 2019 kelak.
Menurut Bandai Namco, mereka masih lagi memerlukan masa untuk membangunkan permainan tersebut dimana mereka ingin pastikan kualiti permainan tersebut berada di dalam keadaan terbaik apabila ia dilancarkan kelak.
Menurut Rainel Tan, pengurus umum Bandai Namco Entertainment Asia, keputusan ini merupakan keputusan yang berat buat pihak mereka dimana permainan tersebut mendapat pelbagai pujian dan ia sangat dinantikan oleh peminat sejak ia diumumkan tahun lepas.
Namun, untuk versi terakhir yang akan dilancarkan kelak, mereka mengambil keputusan untuk menundakan permainan tersebut untuk mencapai jangkaan peminat apabila ia dilancarkan kelak dengan kualiti terbaik.
Pada pendapat kami sendiri, ini merupakan satu tindakan yang wajar, memandangkan baru-baru ini permainan keluaran Bandai Namco, New Gundam Breaker mendapat ulasan yang sangat rendah memandangkan permainan tersebut dilancarkan dengan pelbagai masalah teknikal.
Buat masa ini, tarikh rasmi buat pelancaran permainan Code Vein masih belum diumumkan dan tahun lepas ketika Tokyo Game Show 2017, kami juga berpeluang untuk berkongsi pandang pertama permainan tersebut.
Code Vein adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Shift dan dikeluarkan oleh Bandai Namco untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Kini permainan tersebut dijadualkan untuk dilancarkan pada 2019 ini.