Informasi Permainan Video Terkini
PUBG: Mod Sementara Metal Rain Kini Bermula Sehingga 23 Julai 2018
PC

PUBG: Mod Sementara Metal Rain Kini Bermula Sehingga 23 Julai 2018

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Mod War baru sahaja berakhir pada minggu lepas dan jika anda terlepas ataupun merasakan tidak cukup, bermula hari ini sehingga 23 Julai 2018 PUBG menganjurkan mod sementara Metal Rain.

Mod ini ada seperti pertempuran royale yang biasa kecuali anda akan dibahagikan kepada 8 orang sepasukan, bersama 7 rakan ataupun secara rambang. Anda juga boleh bermain dengan pasukan kurang pada 8 orang.

Mod ini hanya akan berlangsung di peta Erangel dan dihadkan kepada 12 pasukan dan 96 pemain jika setiap pasukan mempunyai 8 orang. Perbezaan lain untuk mod ini adalah selain barangan seperti senjata dan pakaian, akan terdapat juga pistol flare yang jika ditembak di kawasan selamat pakej mengandungi pelbagai barangan akan turun, jika menembak di luar kawasan selamat kenderaan UAZ akan diturunkan.

Disebabkan mod ini masih dimainkan seperti pertempuran royale yang biasa mungkin ia tidak menarik seperti mod war sebelum ini yang mengubah cara bermain. Namun jangan terlepas peluang untuk mencubanya.


TIPS & ULASAN