Mod War adalah antara mod sementara yang kami sangat gemari di dalam PUBG. Berbeza dengan battle royale, mod War adalah lebih kepada pertempuran secara terus.

Jika sebelum ini ia berlangsung di peta Miramar, kali ini mod ini akan berlangsung di peta baharu PUBG iaitu Sanhok. Mod ini akan bermula pada 10 pagi, 6 Julai sehingga 10 pagi, 9 Julai.

Jika anda tidak biasa dengan mod ini ia adalah mod sementara di mana pemain akan dibahagikan kepada 10 pasukan dan setiap pasukan akan mempunyai 5 orang dan  berikut adalah konsep permainan untuk mod ini;

  • Pertempuran akan berlaku di satu kawasan kecil yang tetap
  • Pemain akan terus diberikan shotgun, pistol, bom dan juga pembalut.
  • Pakej yang mengandungi pelbagai barangan akan diturunkan setiap 110 saat.
  • Membunuh lawan akan memberikan 3 markah manakala melemahkan lawan akan mendapat 1 markah.
  • Pemain yang terbunuh akan diturunkan balik melalui kapal terbang dan kapal terbang akan terbang setiap 30 saat.
  • Pasukan pertama mendapat 200 markah akan memenangi pertempuran.
  • Jika tiada pasukan yang mendapat 200 markah dalam masa 15 minit, pasukan yang mempunyai markah terbanyak akan memenangi pertempuran.
  • Tembakan rakan ditutup

Jika anda ingin berehat dari battle royale, mod ini sudah semestinya sesuatu yang anda mesti cuba. Untuk pemain di asia tenggara anda hanya mempunyai pilihan untuk bermain secara pandangan ketiga.

Sohor Kini