Skip to main content

Melalui temu bual bersama pembangun permainan Devil May Cry 5 di dalam majalah Famitsu, Capcom berkongsi sebilangan informasi terbaru buat permainan tersebut dimana mereka memfokuskan bukan sahaja bentuk permainan yang pantas malah visual yang realistik.

Melaluinya, Capcom menyatakan bahawa mereka ingin menghasilkan permainan yang berfoto realistik dan pada masa yang sama mereka ingin menghasilkan permainan aksi terbaik yang mempunyai bentuk pertempuran yang sangat laju dengan kadar 60 bingkai sesaat.

Untuk memastikan bentuk permainan yang lancar, Capcom juga ingin memastikan pergerakkan watak di dalam permainan tersebut juga tidak terlalu pelik bersama denggan fungsi untuk membatalkan pergerakkan. Namun buat masa ini, Capcom tidak berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan dan hanya menyatakan mereka ingin pastikan visual foto realistik permainan tersebut tidak akan dijejaskan oleh bentuk permainan yang menyegerak.

Dari segi visual foto realistik tersebut, Capcom menyatakan mereka bukan sahaja mengimbas muka watak-watak malah mereka juga mengimbas pakaian bagi setiap watak di dalam permainan tersebut.

Selain itu, seperti yang dilaporkan oleh mereka sebelum ini, Capcom juga menyatakan permainan Devil May Cry 5 bertempatkan beberapa tahun selepas Devil May Cry 4 dan watak ketiga di dalam imej promosi permainan tersebut merupakan watak yang boleh dimainkan.

Namun perkara yang paling menarik minat kami adalah dimana muzik latar permainan Devil May Cry 5 kali ini akan dimainkan mengikut kombinasi serangan yang dilakukan oleh pemain. Ini bermaksud jika pemain melakukan serangan dari peringkat B ke A, muzik latar permainan tersebut akan berubah.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2019 ini.

Leave a Reply