For Honor dikeluarkan pada Februari tahun lepas dan boleh dikatakan mempunyai permulaan yang perlahan, namun Ubisoft terus menyokong permainan tersebut memperkenalkan pelbagai kandungan baharu termasuk yang baru sahaja diumumkan iaitu Marching Fire semasa E3 lepas.
Ubisoft juga memperkenalkan Starter Edition yang merupakan edisi lebih murah tetapi tidak mengandungi kandungan permainan tersebut secara sepenuhnya. Kini hampir setahun dan 6 bulan selepas dikeluarkan For Honor mempunyai pemain berdaftar seramai 10 juta orang.
Jumlah ini merupakan pemain yang berdaftar dan tidak menggambarkan pemain yang aktif dan ia juga termasuk pemain yang mendaftar semasa versi Started Edition ditawarkan secara percuma buat sementara waktu.
For Honor kini dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.