Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini For Honor Marching Fire Diumumkan – Memperkenal Pendekar Dari China
PC

Kemaskini For Honor Marching Fire Diumumkan – Memperkenal Pendekar Dari China

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Ketika acara persidangan Ubisoft hari ini, mereka mengumumkan bahawa permainan For Honor Starter Edition boleh dimuat-turun secara percuma untuk tempoh masa terhad.

Selain itu Ubisoft juga berkongsi kemaskini terbaru Marching Fire yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Melalui kemaskini Marching Fire, Ubisoft akan memperkenalkan pendekar baru dari China yang mana ia merupakan puak baru di dalam permainan tersebut selepas puak Viking, Samurai dan Knight. Kemaskini ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 16 Oktober ini.

Melalui kemaskini, puak Wu Lin diumumkan secara rasmi yang akan menyertakan empat watak baru yang mempunyai berlainan senjata dan bentuk permainan.

Selain itu Ubisoft juga mengumumkan mod baru empat lawan empat yang dipanggil Breach. Mod ini akan membahagi pasukan kepada dua iaitu pasukan menyerang dan pasukan bertahan. Pasukan menyerang akan menyerang istana dari pelbagai sudut dan pasukan pertahanan perlu memastikan mereka tidak berjaya menakluk istana tersebut.

Secara kesimpulannya, kemaskini ini adalah apa yang Ubisoft janjikan pada beberapa minggu lepas berkenaan kandungan baru yang bakal tiba di permainan For Honor. Tampaknya dengan sokongan pelbagai kandungan, Ubisoft sememangnya akan terus pastikan jangka hayat permainan For Honor masih lagi diteruskan.


TIPS & ULASAN