Jika anda ingin mencuba For Honor akan tetapi tersekat kerana harga permainan yang mahal, kini anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah iaitu RM59.99 untuk Starter Edition.
Bagi edisi ini pemain akan mendapat kesemua mod multi-pemain dan penceritaan akan tetapi hanya mendapat 6 watak daripada 12 watak untuk permainan penuh. Dari 6 watak ini, 3 akan terus boleh digunakan manakala 3 lagi harus dinyahkunci menggunakan 8000 Steel untuk setiap satu watak. Manakala 6 watak yang lain boleh dinyakunci menggunakan 15000 Steel setiap satu watak.
Turut disediakan adalah All Heroes Bundle untuk 50000 Steel di mana pemain akan menyahkunci kesemua 12 watak seperti mana edisi biasa. Starter Edition juga akan boleh digunakan dengan pas semusim dan juga kesemua DLC yang sudah dikeluarkan. Dengan harga yang lebih murah adakah anda lebih berminat untuk mencubanya?
[info]Steam: For Honor – Starter Edition[/info] [info]Uplay: For Honor – Starter Edition[/info]