Informasi Permainan Video Terkini
Team Cherry Mengumumkan DLC Percuma Gods & Glory Untuk Hollow Knight Akan Tiba Pada Ogos 2018

Team Cherry Mengumumkan DLC Percuma Gods & Glory Untuk Hollow Knight Akan Tiba Pada Ogos 2018

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

Semenjak dikeluarkan untuk PC pada Februari tahun lepas, Team Cherry telah mengeluarkan tiga DLC penambahan secara percuma untuk permainan tersebut. Versi Switch disertakan dengan ketiga-ketiga DLC tersebut.

Minggu ini mereka mengumumkan DLC keempat dan mungkin yang terakhir iaitu Gods & Glory akan dikeluarkan pada 21 Ogos 2018 secara percuma untuk PC dan juga Switch.

Melalui penulisan di blog mereka, DLC ini merupakan penambahan terbesar yang pernah mereka keluarkan. DLC ini akan menambah beberapa ketua penjahat, muzik, misi dan watak baharu.

Hollow Knight yang baru-baru ini diumumkan mencapai jualan sebanyak 1 juta unit untuk PC dan 250 ribu unit untuk Switch.


TIPS & ULASAN