Informasi Permainan Video Terkini
Hollow Knight Untuk PC Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Setakat Ini

Hollow Knight Untuk PC Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Setakat Ini

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Minggu ini kami melaporkan yang Hollow Knight untuk Switch terjual sebanyak 250 ribu unit selepas 2 minggu dikeluarkan. Hari ini Team Cherry berkongsi yang Hollow Knight untuk PC terjual sebanyak 1 juta unit sehari sebelum ia dikeluarkan untuk Switch.

Hollow Knight dikeluarkan untuk PC pada Februari tahun lepas ini bermakna ia mengambil setahun lebih untuk mencapai jumlah 1 juta, ini lebih lagi menunjukkan kejayaan di Switch adalah sangat baik. Dengan maklumat terbaru ini, permainan ini kini sudah terjual sebanyak 1.25 juta unit.

Kami yakin jumlah tersebut akan terus bertambah, terutama untuk versi Switch kerana ia adalah satu permainan yang sangat baik. Tahniah kami ucapkan kepada Team Cherry.

Hollow Knight kini boleh didapati untuk PC dan Switch.


TIPS & ULASAN