Informasi Permainan Video Terkini
Hollow Knight Terjual Sebanyak 250 Ribu Unit Selepas 2 Minggu Dikeluarkan Untuk Switch

Hollow Knight Terjual Sebanyak 250 Ribu Unit Selepas 2 Minggu Dikeluarkan Untuk Switch

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Hollow Knight dibangunkan dan diterbitkan oleh Team Cherry untuk PC tahun lepas kemudian versi Switch tiba pada 13 Jun lepas. Selepas lebih kurang 2 minggu dikeluarkan versi Switch sudah terjual sebanyak 250 ribu unit.

Permainan pengembaraan ini telah mendapat pujian yang tinggi untuk versi PC dan kami tidak terkejut ia mendapat kejayaan yang sama di Switch. Setakat hari ini permainan ini mendapat rating ‘very positive’ di Steam dan 21 ribu pemain meninggalkan ulasan.

Jika anda tidak memiliki Switch ataupun ingin mendapatkan permainan ini di PC, ia dijual dengan harga tersangat murah iaitu RM21 sahaja. Kami sudah menghabiskan beberapa jam permainan ini di Switch dan kami boleh mengatakan ia akan menjadi antara permainan terbaik yang pernah dikeluarkan untuk Switch.

Tahniah kami ucapkan untuk Team Cherry.


TIPS & ULASAN