Mei lepas, Nintendo mengumumkan permainan Pokemon: Let’s Go Pikachu! dan Let’s Go Eevee! yang mana ia merupakan permainan seterusnya buat siri Pokemon bagi konsol Switch.
Kini, Nintendo mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut yang memaparkan sebilangan bentuk permainan baru yang bakal tiba bersama-sama dengan watak-watak asal dari rantau Kanto.
Seperti permainan Pokemon lain, watak pesaing di dalam permainan ini juga akan tiba bersama-sama dengan watak Profesor Oak. Selain itu, Nintendo juga mempertontonkan watak Team Rocket seperti Jesse dan James bersama-sama watak Brock dan Misty sebagai ketua gim Pokemon.
Dari segi bentuk pertempuran, permainan ini akan menyertakan bentuk pertempuran yang sama dengan siri permainan Pokemon sebelum ini termasuklah pertempuran gim seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini. Permanan ini juga akan menyertakan pertukaran Pokemon, pertempuran bersama secara atas-talian dan luar-talian.
Dari segi bentuk permainan pula, pemain tampaknya bukan sahaja boleh mengubah-suai rupa bentuk watak pemain, malah teman Pokemon masing-masing dengan sebilangan gaya rambut yang berbeza. Pemain juga berupaya untuk menaiki Pokemon-Pokemon yang besar untuk memudahkan lagi mengembaraan pemain di dalma permainan tersebut.
Pokemon: Let’s Go Pikachu! dan Let’s Go Eevee! akan dilancarkan pada 16 November ini secara esklusif di konsol Switch. Jangan lepaskan peluang anda untuk membuat pra-tempahan permainan ini dimana-mana pengedar rasmi pemrainan Pokemon.