Semasa persidangan E3 untuk Nintendo, mereka hanya berkongsi ringkas mengenai Pokemon: Let’s Go dan memperlihatkan kembali Pokeball Plus yang akan hadir bersama dengan permainan tersebut pada 16 November 2018.
Manakala selepas persidangan tersebut, Nintendo menganjurkan Treehouse dan mereka bersama pengarah permainan ini Junichi Masuda untuk memperlihatkan lebih lanjut mengenai permainan Let’s Go.
Anda boleh menonton secara penuh video di atas untuk melihat teknik permainan yang terdapat di dalam Let’s Go. Seperti diumumkan sebelum ini Let’s Go memfokuskan kepada gimik menangkap seakan permua Pokemon Go mengunakan Joy Con ataupun Pokeball Plus yang dijual secara berasingan. Menariknya anda boleh menggerakkan joy con dengan pelbagai cara bagi menangkap Pokemon terutama Pokemon yang banyak bergerak.
Bagi menangkap Pokemon tiada pertempuran akan berlaku sebaliknya pemain boleh menggunakan barangan seperti buah beri untuk lebih menjinakkan Pokemon tersebut sebelum cuba menangkap. Dengan setiap penangkapan akan memberikan pengalaman kepada semua Pokemon anda untuk meningkatkan tahap mereka.
Mengikut versi yang anda beli, Pikachu ataupun Eevee, ia akan mengikut anda di atas bahu ataupun di atas kepala. Selain pada itu anda juga boleh membawa keluar mana-mana Pokemon di dalam koleksi anda, jika Pokemon tersebut cukup besar anda juga boleh menunggang.
Walaupun tiada pertempuran melawan Pokemon liar tetapi anda boleh bertempur dengan Trainer lain yang terdapat di dalam permainan ini dan anda juga boleh bertempur dengan pemain lain secara atas talian. Pertempuran di dalam permainan ini adalah agak ringkas. Anda juga boleh bertempur dengan ketua setiap Gym yang ada.
Setiap Pokemon liar akan mempunyai aura tersendiri seperti aura merah menunjukkan Pokemon bersaiz besar dan aura biru Pokemon yang bersaiz lebih kecil. Pokemon yang sama turut mempunyai aura yang berlainan bagi menggalakkan anda untuk menangkap Pokemon yang sama berulang kali.
Permainan ini juga boleh dimainkan secara mudah alih tanpa mengeluarkan joy con, tetapi antara muka berlainan iaitu pemain harus menggerakkan keseluruhan konsol untuk mengikut sasaran di dalam permainan sebelum menangkap Pokemon tersebut.
Mod koperasi boleh dimainkan dengan hanya menggoncangkan joy con, jika pemain berjaya menangkap Pokemon bersama dengan balingan yang sama akan mendapat lebih banyak pengalaman. Rakan anda juga boleh membantu di dalam pertempuran dengan Trainer lain.
Pokemon Let’s Go adalah berdasarkan Pokemon Yellow yang dikeluarkan untuk Gameboy tetapi dengan rekaan baru dan juga di dalam 3D. Selain itu watak seperti musuh juga akan kembali tetapi mempunyai penceritaan yang sedikit berlainan dan juga misi-misi sampingan turut akan diberikan oleh penduduk setempat.