Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan animasi 3D berdasarkan permainan Monster Hunter, bertajukkan Monster Hunter: Legends Of The Guild.

Animasi tersebut dihasilkan oleh Pure Imagination Studios yang mana mereka sering terlibat dengan pelbagai siri animasi LEGO dan juga pengiklanan beranimasi.

Monster Hunter: Legends Of The Guild akan memfokuskan watak seorang lelaki yang ingin membuktikan beliau sebagai seorang pemburu raksasa ternama. Pengembaraannya bermula apabila kawasan perkampungannya merupakan satu laluan buat Elder Dragon yang beliau ingin buru.

Menurut penerbit siri Monster Hunter, Ryozo Tsujimoto beliau sangat teruja untuk membawa peminat ke dalam alam Monster Hunter dan pada masa yang sama mengembangkan lagi penceritaan siri tersebut. Beliau juga menyatakan peminat pasti akan menghargai dedikasi mereka terhadap kandungan Monster Hunter yang dilakukan buat animasi tersebut.

Tampaknya, dengan kejayaan Monster Hunter World mencapai 8 juta hasil edaran, Capcom bakal mengembangkan lagi francais tersebut ke pelusuk dunia dengan pelbagai kandungan termasuklah juga filem yang mana mereka mengumumkannya baru-baru ini.

Kami di Aksiz amat berminat untuk menonton animasi berdasarkan Monster Hunter dan seperti biasa kami akan mengemaskininya apabila informasi lanjut dikongsikan oleh Capcom.

Bagaimana dengan pendapat anda berkenaan animasi berdasarkan francais Monster Hunter? Jangan lupa untuk tinggalkan komen di bawah.

Sohor Kini