Informasi Permainan Video Terkini
Monster Hunter World Kini Mencapai Jumlah 8 Juta Salinan Yang Diedarkan

Monster Hunter World Kini Mencapai Jumlah 8 Juta Salinan Yang Diedarkan

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan bahawa permainan Monster Hunter World kini telah diedarkan sebanyak 8 juta unit seluruh dunia. Hasil edaran ini juga disertakan bersama hasil jualan permainan secara digital. Sekaligus ia mencapai peningkatan sebanyak setengah juta salinan berbanding Mac lepas.

Jumlah ini juga dicampur dengan hasil jualan bagi jualan permainan secara digital dan sememangnya ia merupakan satu kejayaan yang memberansangkan bagi siri permainan Monster Hunter. Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Permainan Monster Hunter World kini menjadi permainan terlaku yang dikeluarkan oleh Capcom.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia telah pun dilancarkan pada 26 Januari lepas di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Bagi versi PC, ia akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini.

Tambahan juga, melalui perkongsian kandungan persembahan oleh Capcom, mereka juga menyatakan bahawa mereka akan terus menambahkan kandungan baru buat permainan tersebut pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN