Informasi Permainan Video Terkini
Filem Adaptasi Monster Hunter Akan Dibintangi Milla Jovovich

Filem Adaptasi Monster Hunter Akan Dibintangi Milla Jovovich

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Capcom sering mengeluarkan filem untuk siri permainan mereka tetapi untuk yang terbaru mereka hanya memfokuskan siri Resident Evil. Pada tahun lepas mereka mengumumkan untuk mengeluarkan filem berdasarkan permainan Monster Hunter.

Bagaikan mengekalkan pasukan yang sama, filem Monster Hunter juga akan dibintangi oleh Milla Jovovich iaitu pelakon watak Alice di dalam filem Resident Evil. Beliau juga akan disertai pengarah Resident Evil Paul W.S. Anderson sebagai pengarah.

Filem ini dikatakan akan bermula produksi pada bulan September tahun ini tetapi tiada jangkaan tarikh keluar dinyatakan. Kami teruja mengenai filem ini tetapi tidak pasti penceritaan apa yang akan dibawa.