Informasi Permainan Video Terkini
Code Vein Akan Dikeluarkan Pada 28 September 2018 Untuk Playstation 4, Xbox One dan PC
PC

Code Vein Akan Dikeluarkan Pada 28 September 2018 Untuk Playstation 4, Xbox One dan PC

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Code Vein adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Shift dan dikeluarkan oleh Bandai Namco untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia diumumkan April yang lepas dan mendapat kritikan permainan yang seakan Dark Souls tetapi dalam bentuk anime.

Sebelum ini Bandai Namco berkongsi mengenai sistem pertempuran yang terdapat di dalam permainan ini dan juga mod multi-pemain yang disahkan akan hadir bersama permainan ini. Kini Bandai Namco mengumumkan tarikh pengeluaran adalah 28 September untuk kesemua platform.

Bersama pengumuman ini Bandai Namco turut menyediakan trailer terbaru dan juga beberapa screenshot. September merupakan satu bulan yang padat untuk pemain, adakah permainan ini dapat menandingi Spider-man ataupun Tomb Raider?


TIPS & ULASAN