Code Vein adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Shift dan dikeluarkan oleh Bandai Namco untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Sempena Tokyo Game Show 2017 yang bakal berlangsung minggu ini, Keita Iizuka Penerbit permainan tersebut bersama Hiroshi Yoshimura, pengarah permainan tersebut, Bandai Namco sempat berkongsi bersama kami, dan kami sempat mencuba permainan tersebut secara ringkas.
Minggu lepas, kami juga sempat berkongsi berkenaan informasi lanjut permainan Code Vein tersebut. Kini, Bandai Namco memberi peluang kepada saya untuk mencuba permainan tersebut di pejabat Bandai Namco Entertainment yang terletak di Tamachi, Jepun.
Ketika sesi media permainan tersebut, pengarah permainan, Hiroshi Yoshimura sempat berkongsi dan juga memberi demo permainan secara langsung. Bagi anda yang menonton atau mengekori perkembangan semasa permainan Code Vein, bentuk permainan tersebut sememangnya mempunyai bentuk yang sama seperti permainan Dark Soul. Seperti yang saya nyatakan di artikel sebelum ini, permainan ini merupakan permainan menghampiri Dark Soul dengan bentuk visual anime.
Menariknya, permainan Code Vein juga tidak mempunyai sebarang tetapan bagi tahap kesukaran permainan. Sepanjang sesi tempoh percubaan yang diberikan kepada saya untuk bermain permainan tersebut, saya sendiri menghadapi sedikit cabaran kerana permainan ini sangat sukar. Tetapi dari bentuk permainan, permainan ini mempunyai kawalan yang lebih kurang sama dengan Dark Souls –
tetapi pada masa yang sama, ia turut mempunyai beberapa perbezaan seperti serangan teknik drain.
Pemain juga ditemani dengan NPC dan beliau berupaya untuk membantu pemain seperti menghidupkan semula pemain jika pemain hampir mati, dan juga membantu pemain ketika berlawan dengan musuh. Pemain juga berupaya untuk menukar senjata ketika mengembara, dan juga mengubahsuai senjata seperti meletak bayonet di penghujung senapang pemain.
Dalam tempoh 15 minit saya mencuba permainan ini, ia sememangnya mempunyai bentuk permainan yang sukar. Walaubagaimanapun, dari segi kawalan permainan tersebut, permainan ini mempunyai kawalan sangat responsif dan bagi mereka yang meminati siri permainan Souls, anda pasti akan menyukai permainan ini.
Bandai Namco masih lagi tidak mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Code Vein, tetapi mereka merancang untuk melancarkan pada tahun 2018 di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini lagi berita sepenuhnya bagi permainan ini apabila ia diumumkan kelak.