Informasi Permainan Video Terkini
Monster Hunter World Versi PC Tidak Akan Menyertakan Fungsi Rentas-Platform Dan Mod
PC

Monster Hunter World Versi PC Tidak Akan Menyertakan Fungsi Rentas-Platform Dan Mod

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Minggu ini, Capcom baru sahaja mengumumkan permainan Monster Hunter World akan tiba buat pengguna PC pada 10 Ogos ini. Kini, PC Gamer melaporkan bahawa permainan tersebut tidak akan mempunyai sebarang fungsi rentas-platform antara versi konsol.

Melalui laporan tersebut, Ryozo Tsujimoto, pengarah permainan tersebut menyatakan bahawa Monster Hunter World versi PC tidak akan menyertakan sebarang sokongan rentas-platform ketika pelancarannya kelak. Beliau juga tidak memberi sebarang komen berkenaan sokongan mod terhadap permainan tersebut.

Namun, Ryozo Tsujimoto juga menyatakan beliau berminat untuk menyegerakan kandungan permainan antara kesemua platform. Namun, memandangkan setiap platform mempunyai perbezaan versi, kandungan-kandungan permainan mungkin tidak akan dilancarkan secara serentak di setiap platform.

Tampaknya dengan isu rentas-platform yang sering dipersalahkan kepada pihak Sony, kali ini buat permainan Monster Hunter World, ianya berlaku kesukaran bagi pihak Capcom sendiri.

Namun, perkara ini sememangnya boleh dikemaskini dan memerlukan masa untuk pembangun menyegerakannya. Mungkin juga pada masa akan datang kita bakal melihat rentas-platform buat permainan Monster Hunter World.

Monster Hunter World merupakan permainan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ianya telahpun dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada Januari lepas dan kini, ianya bakal tiba di PC melalui Steam pada 10 Ogos ini. Bagi anda ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan versi PC termasuklah keperluan spesifikasi permainan tersebut, anda boleh melayari pautan ini.


TIPS & ULASAN