Bersempena dengan pelancaran No Man’s Sky di Xbox One pada 24 Julai ini, 505 Games pengeluar permainan tersebut buat versi Xbox One memuat-naik satu video khas yang pertontonkan 11 perubahan permainan tersebut sejak pelancarannya pada 2016 lepas.

Antara 11 perubahan yang diumumkan adalah sistem pertukaran perniagaan dunia permainan yang lebih meluas, kenderaan baru dan juga peperangan angkasa. Terdapat pelbagai lagi perubahan yang dikongsikan dimana anda boleh menontonnya di video di atas.

No Man’s Sky merupakan permainan penembak pandang pertama penerokaan alam terbuka. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 2016 lepas dan kini ianya bakal tiba di konsol Xbox One.

Sebelum ini, Hello Games pembangun permainan ini menyatakan bahawa mereka juga akan melancarkan kemaskini terbaru NEXT yang mana mereka menjanjikan mod multi-pemain dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya di Xbox One, anda boleh dapatkannya melalui kedai atas-talian Microsoft Store ataupun melalui pengedar rasmi permainan tersebut.

Sohor Kini