Informasi Permainan Video Terkini
Hello Games Memperacahkan Kemaskini Terbaru Bakal Tiba Di Permainan No Man’s Sky
PC

Hello Games Memperacahkan Kemaskini Terbaru Bakal Tiba Di Permainan No Man’s Sky

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Kali terakhir Hello Games melancarkan kemaskini terbaru buat permainan No Man’s Sky adalah Ogos tahun lepas dimana mereka memperkenal sebilangan kandungan baru melalui kemaskini Atlas Rise. Kini, Hello Games memperacahkan kemaskini terbaru buat permainan tersebut, dengan tajuk No Man’s Sky Next.

Menurut Hello Games, kemaskini ini akan dilancarkan secara percuma dan ia merupakan kemaskini terbesar yang telah mereka lakukan. Pada masa yang sama, Hello Games juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di Xbox One dan WeGame, iaitu platform permainan video buat negara China oleh Tencent.

Buat masa ini, kemaskini ini dirancang untuk dilancarkan pada musim panas tahun ini iaitu diantara Jun sehingga September ini. Seperti biasa, kami akan berkongsi informasi lanjut setelah Hello Games berkongsi sebarang informasi lanjut.


TIPS & ULASAN