Hello Games hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan No Man’s Sky buat konsol Xbox One iaitu pada 24 Julai ini. Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa versi fizikal permainan tersebut akan dilancarkan oleh 505 Games.
Selain itu, Hello Games juga sebelum ini memperacahkan kemaskini terbaru buat permainan tersebut, iaitu kemaskini Next yang mana ia merupakan kemaskini terbesar yang telah mereka lakukan menurut Hello Games.
Melalui kemaskini Next ini, permainan ini akhirnya akan menyertakan kandungan multi-pemain dan pemain berupaya untuk bertemu pemain lain dan bekerjasama untuk mempertahankan hidup, mengumpul barangan dan juga membina pangkalan.
Kemaskini tersebut akan tiba secara bersama dengan pelancarannya di konsol Xbox One pada 24 Julai ini bersama-sama kemaskini-kemaskini sebelum ini. Bagi pemain di Playstation 4 dan PC, kemaskini tersebut boleh dimuat-turun secara percuma pada tarikh yang sama.