Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Tidak Menerbitkan Siri God of War Tetapi Cory Barlog Berminat Untuk Melakukanya

Netflix Tidak Menerbitkan Siri God of War Tetapi Cory Barlog Berminat Untuk Melakukanya

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Netflix setiap tahun menambah bajet untuk terus menghasilkan kandungan mereka sendiri. Siri mereka berdasarkan penceritaan The Witcher sedang di dalam produksi dan dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2020.

Kini terdengar ura-ura mengatakan mereka akan menerbitkan siri berdasarkan permainan God of War akan tetapi ura-ura ini tidak berumur panjang apabila pengarah permainan God of War Cory Barlog mengesahkan perkara tersebut adalah tidak benar. Namun beliau menambah yang mungkin Netflix dapat mengubahnya.

Siri TV untuk God of War mungkin adalah sesuatu yang nampak menarik tetapi kami tidak rasa siri TV dapat memberikan pengalaman yang sama seperti permainan video dan mungkin jika tersalah buat, ia dapat mencacatkan keseluruhan penceritaan. Apa pendapat anda, adakah Sony dan Netflix patut bekerjasama untuk menghasilkan siri TV God of War, terutama Sony sebelum ini mengatakan mereka ingin menambah filem berdasarkan permainan mereka.


TIPS & ULASAN