Melalui temubual bersama dengan Bloomberg, CEO Sony Kaz Hirai menyatakan yang mereka ingin mengukuhkan Sony di dalam industri perfileman melalui pembelian syarikat-syarikat lain.

Sony baru-baru ini cuba untuk mendapatkan aset filem dan TV dari 21st Century Fox Inc tetapi tidak berjaya kerana Walt Disney Co. terlebih dahulu berjaya membida. Menurut beliau mereka ingin Sony menjadi pemacu di dalam industri dan tidak mahu untuk melepaskan aset yang dimiliki mereka sekarang.

Beliau juga mengatakan strategi mereka adalah untuk memastikan peningkatan untuk perniagaan filem mereka dengan mengawal lebih baik dari segi produksi dan pembiayaan untuk menarik lebih bakat-bakat besar. Tambah beliau mereka juga akan melihat potensi untuk membawa lebih banyak filem berdasarkan permainan video yang dimiliki oleh Sony Interactive Entertainment (SIE).

Buat masa sekarang Uncharted merupakan filem yang diadaptasi dari permainan video yang sedang dibangunkan oleh Sony Pictures. Filem ini dikatakan akan dibintangi bintang Spider-Man, Tom Holland.

Perkembangan ini sudah semestinya membuatkan kami berharap untuk suatu hari nanti filem berdasarkan God of War ataupun The Last of Us akan dikeluarkan pada masa akan datang.

Sohor Kini