Berita terakhir yang diumumkan untuk siri Netflix The Witcher adalah skrip episod pilot sudah disiapkan selepas itu tiada perkembangan terbaru yang dikeluarkan. Baru-baru ini melalui kuciran di akaun Twitter rasmi, penulis kepada siri ini Lauren Hissrich mengatakan yang siri ini akan mempunyai 8 episod.
Happy Friday! So much information coming out of the @netflix event in Rome. I'm told by my friends and colleagues that the level of excitement and anticipation for #Witcher was crazy! Let's sort through it…
— Lauren S. Hissrich (@LHissrich) April 20, 2018
Walaupun nampak sedikit menurut beliau setiap episod akan penuh dengan penceritaan dan aksi. Melalui siri kuciran yang sama beliau juga mengatakan 2020 adalah tahun yang terawal untuk siri ini dikeluarkan akan tetapi tiada pengesahan buat masa ini kerana selain episod pilot, 7 episod lain masih tidak ditulis.
2 tahun adalah masa yang lama dan kami semestinya makin tidak sabar untuk menonton Geralt dalam bentuk siri TV.