Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Menjana Lebih Dari $12.7 Juta Dana Buat Acara Amal Kanser Payudara Melalui Kostum Pink Mercy
PC

Blizzard Menjana Lebih Dari $12.7 Juta Dana Buat Acara Amal Kanser Payudara Melalui Kostum Pink Mercy

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa dengan hanya masa seminggu, Blizzard menjana hasil danaan lebih dari $10 juta daripada acara amal kanser payudara.

Kini, setelah tamatnya acara tersebut, Blizzard melaporkan bahawa mereka menjana lebih dari $12.7 juta buat acara tersebut melalui penjualan kostum Pink Mercy.

Hasil kutipan ini sememangnya akan di derma khas kepada Breast Cancer Research Foundation (BCRF) dan menurut Blizzard jumlah tersebut merupakan jumlah derma tertinggi yang telah di dermakan dalam tempoh masa setahun melalui rakan kongsi koporat buat BCRF.

Acara ini bermula pada Mei lepas dimana Blizzard menjual kostum khas Pink Mercy buat watak Mercy dimana menurut mereka, kesemua hasil jualan kostum tersebut akan diderma kepada pihak BCRF. Selain daripada kostum tersebut, Blizzard juga mengada jualan T-Shirt dan juga acara penstriman amal yang keseluruhannya menjana lebih dari $130,000.

Ini merupakan satu tindakan yang terpuji oleh pihak Blizzard dan ianya bukan sahaja memberi peluang kepada pemain untuk beramal, malah ia memberi peluang kepada pemain untuk bersatu di dalam misi untuk menyembuhkan kanser payudara ini.

Bagi anda yang terlepas untuk mendapatkan kostum Pink Mercy tersebut, pihak Blizzard tidak menyatakan sebarang pengumuman lain sama ada kostum tersebut akan kembali ataupun tidak pada masa akan datang. Namun, memandangkan ianya merupakan satu acara amal khas yang dilakukan oleh Blizzard dan pihak BCRF, kami menjangkakan ianya tidak akan kembali dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN