Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Mengumpul Dana Hampir $10 Juta Sempena Acara Amal Kanser Payudara Pink Mercy Setakat Ini
PC

Blizzard Mengumpul Dana Hampir $10 Juta Sempena Acara Amal Kanser Payudara Pink Mercy Setakat Ini

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Beberapa minggu lepas, Blizzard melancarkan kostum khas Pink Mercy sempena acara amal kanser payudara buat permainan Overwatch yang mana menurut Blizzard, setiap pembelian kostum tersebut akan di derma kepada Breast Cancer Research Foundation (BCRF).

Kini setelah hampir seminggu lebih, Blizzard telahpun menjana hampir $10 juta hasil derma daripada pembelian kostum tersebut. Ini merupakan satu nilai yang tinggi dan tidaklah sesuatu yang mengejutkan memandangkan minggu ini, kami juga melaporkan bahawa permainan Overwatch kini mencapai 40 juta pemain.

Tambahan juga, bermula 26 Mei sehingga 29 Mei anda boleh mencuba permainan Overwatch secara percuma di Playstation 4, Xbox One ataupun PC bersempena dengan ulang tahun ke-dua buat permainan tersebut.

Bagi anda yang masih belum memiliki kostum Pink Mercy tersebut, anda boleh membelinya harga RM60 melalui PSN Store dan Blizzard Shop bagi pengguna PC dengan harga $14.99(~RM59) setakat 21 Mei ini sahaja. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kostum terhad ini khas buat permainan Overwatch.


TIPS & ULASAN