Skip to main content

Bermula hari ini sehingga 21 Mei ini, Blizzard mengadakan acara amal khas dimana setiap pembelian kostum Pink Mercy oleh pemain, akan di derma kepada Breast Cancer Research Foundation (BCRF). Blizzard menjanjikan bahawa 100% hasil daripada jualan kostum tersebut akan di derma terhadap pihak berkenaan dengan minima jumlah derma sebanyak $250,000 daripada mereka sendiri. Hasil jumlah derma tersebut akan diumumkan pada 21 Mei kelak.

Kostum ini merupakan kostum khas dan boleh dibeli dengan harga RM60 melalui PSN Store dan Blizzard Shop bagi pengguna PC dengan harga $14.99(~RM59).

Selain daripada kostum tersebut, Blizzard juga mengadakan pelbagai aktiviti lain dimana pemain berupaya untuk mendapatkan pelbagai kandungan permainan seperti semburan dan ikon pemain di Overwatch. Terdapat sebilangan cara lain untuk anda menderma kepada BCRF antaranya adalah:

  • Membeli Tshirt Pink Mercy di kedai rasmi Blizzard
  • Log masuk akaun Overwatch untuk dapatkan ikon pemain khas Pink Mercy
  • Tonton 2 siaran langsung acara amal untuk dapatkan semburan khas Pink Mercy
  • Tonton 4 siaran langsung acara amal untuk dapatkan 4 semburan khas dan ikon pemain khas Pink Mercy
  • Tonton 4 siaran langsung acara amal untuk dapatkan kesemua semburan khas dan ikon pemain khas Pink Mercy

Untuk senarai siaran langsung acara amal tersebut, anda boleh melihatnya di laman rasmi Overwatch disini.

Jangan lepaskan anda untuk dapatkan kostum Pink Mercy esklusif ini bermula hari ini sehingga 21 Mei ini dan pada masa yang sama, membuat menderma terhadap perbadanan BCRF.

Leave a Reply