Informasi Permainan Video Terkini
Dying Light 2 Akan Lebih Memfokuskan 60FPS Berbanding Resolusi 4K
PC

Dying Light 2 Akan Lebih Memfokuskan 60FPS Berbanding Resolusi 4K

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Semenjak keluarnya PS4 Pro dan Xbox One X, ramai pembangun mula memfokuskan permainan mereka untuk dimainkan dengan resolusi 4K, akan tetapi akan mengorbankan dari segi kelancaran permainan yang biasanya hanya mencapai 30FPS.

Berbeza pula dengan permainan Dying Light 2 yang diumumkan sebelum ini di persidangan E3 Xbox. Berdasarkan temubual antara ketua pereka Dying Light 2 Tymon Smektala dan WCCFtech,beliau mengatakan oleh kerana Dying Light ada permainan yang mempunyai parkour kelancaran permainan adalah lebih diutamakan oleh disebabkan itu mereka memfokuskan 60FPS berbanding 4K.

Namun tambah beliau, ini tidak bermaksud 4K tidak akan berlaku. Jika mereka berjaya mendapatkan 4K bersama dengan 60FPS mereka akan melakukannya.  Mereka juga mengatakan untuk Dying Light 2 mereka menggunakan enjin baharu yang boleh menyokong grafik yang lebih baik.

Ini adalah berita yang baik, sebelum ini Spider-man yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk PS4 akan mengunci kelancaran permainan mereka kepada 30FPS yang bagi kami agak rendah kerana Spider-man seperti Dying Light 2 adalah permainan yang mempunyai banyak pergerakan yang laju.

Dying Light 2 sedang dibangunkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN