Informasi Permainan Video Terkini
Techland Mengumumkan Dying Light 2 – Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

Techland Mengumumkan Dying Light 2 – Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Techland hari ini secara rasminya mengumumkan permainan Dying Light 2, iaitu permainan seterusnya buat siri zombi parkour. Pengumuman ini dilakukan ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini.

Ketika di pentas E3 hari ini, Techland memaparkan sebilangan bentuk permainan buat Dying Light 2 yang mana setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain akan memainkan peranan penting buat penceritaan dan pembangunan dunia permainan.

Dying Light 2 kali ini juga mempunyai sebilangan cabang penceritaan dan seperti permainan Dying Light sebelum ini, keadaan malam di Dying Light 2 selagi lagi akan memberi cabaran buat pemain. Pemain juga berupaya untuk melakukan pelbagai gerak aksi parkour untuk bergerak di dalam permainan tersebut seperti Dying Light pertama.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan menurut Techland, ia bukan sahaja bakal tiba di Xbox One, malah Playstation 4 dan PC.


TIPS & ULASAN