Game Informer yang berpeluang menemubual Pengarah Kreatif untuk Marvel’s Spider-Man iaitu Bryan Intihar mengambil kesempatan untuk menanyakan 114 soalan secara cepat. Anda boleh menonton video penuh di laman Game Informer tetapi berikut adalah beberapa maklumat penting yang dikongsi.

  • Kualiti grafik dan kelancaran permainan adalah lebih baik di PS4 Pro
  • Kelancaran permainan akan dikunci pada 30FPS untuk PS4 dan PS4 Pro
  • Pemain boleh mengunakan Mary Jane dan di dalam penceritaan permainan ini Mary Jane mengetahui yang Peter Parker adalah Spider-Man.
  • Dunia terbuka di dalam Spider-man berganda lebih besar daripada Sunset Overdrive.
  • Tidak akan mempunyai sebarang mikro-transaksi tetapi ada DLC yang akan dikeluarkan kemudian.
  • Mempunyai sistem crafting
  • Disertakan mod foto dan pemain boleh mengambil swafoto bersama orang sekitar.

Marvel’s Spider-man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dikeluarkan pada 7 September 2018.

Sohor Kini