Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Julai 2018 Diumumkan – Menyertakan Omega Quintet Dan Alone With You

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Julai 2018 Diumumkan – Menyertakan Omega Quintet Dan Alone With You

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Bagi para pelanggan Playstation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Julai 2018 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak empat permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.

Bermula 5 Julai sehingga 8 Ogos 2018 ini, Sony akan menyertakan tema khas Playstation 4 Toro 2018 buat pengguna Playstation Plus bersama-sama permainan berikut:

  • Omega Quintet ( PS4)
  • Alone With You (PS4 & PSVita)
  • XCOM: Enemy Unknown Plus (PSVita)
  • River City Super Sports Challenge ~All Stars Special~ bersama 6 DLC (PS3)

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 5 Julai sehingga 8 Ogos. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Jun, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 4 Julai ini.

Selain daripada itu, sempena acara E3 2018 yang berlangsung bulan Jun ini, Sony juga sebelum ini menyertakan permainan Call of Duty: Black Ops 3 secara percuma. Namun tawaran ini akan berakhir pada 11 Julai ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turunnya, anda boleh berbuat demikian sebelum tarikh tersebut.

Tampaknya bulan ini Sony menyertakan permainan yang agak berkurangan. Namun, jika dicampur dengan tawaran sempena acara E3 2018 lepas, ianya agak berbaloi memandangkan permainan Call Of Duty: Black Ops 3 masih lagi mendapat sokongan pembangun dan komuniti pemain termasuk sesi multi-pemain atas-talian.


TIPS & ULASAN