Skip to main content

Permainan yang terbaik ialah permainan yang menarik tetapi tidak memerlukan anda mengeluarkan sesen untuk memilikinya. Bagi pelanggan PlayStation Plus, bermula hari ini hingga 11 Julai anda boleh memuat turut Call of Duty : Black Ops III versi PlayStation 4 secara percuma.

Muat turun percuma ini adalah sempena pelancaran Call of Duty: Black Ops 4 pada bulan Oktober ini. Ia membolehkan peminat Black Ops berlatih dahulu sebelum permainan baru dimiliki. Bagi mereka yang melakukan pra-tempah untuk Black Ops 4, anda turut dapat memuat turun pek peta Back In Black secara percuma. Muat turun boleh dilakukan sekarang.

[download] Muat turun Call of Duty : Black Ops III secara percuma untuk PlayStation 4 [/download]

Leave a Reply